Alhamdulillah....sampai sudah Ramadhan..tahun ni hati rasa agak sayu tatkala Ramdhan datang..entah sebab apa, akoo sendiri tak tau. Tapi akoo sentiasa berdoa agar Ramadhan kali ini lebih bermakna....ada insan yang tersayang di sisi akoo..terlepas pula terawikh berjemaah yang pertama semuanya kerana tugas...esok ada..insyaAllah..
bulan ni kena control sikit percakapan, tak leh nak melaser sangat..bahaya!
Entah kenapa...diri ni asyik teringatkan B...B..B...mungkin kerana layanan dia dua tiga hari ni.
Terlupa nak bercerita, hari Jumaat lepas B selamatkan akoo dari saman PDRM..tapi akhirnya kena saman dengan polis trafik.
"Tengok...nasib baik B ada...kalau tak...tak tau apa jadi, abang awak jugak yang selamatkan awak, " terkesima seketika mendengar kata-kata B tapi akoo buat tak tau. Tak nak menyimpan harapan dan perasaan.
"Malam ni dah start terawikh..selamat berpuasa dear.." katanya
"Jom baca niat puasa sama-sama.."
"Jangan lupa mengaji.." semua tu akoo semat dalam hati...nasihat yang baik...ikutkan sahaja.
Puasa kali ini akoo mengharapkan sesuatu yang positif berlaku dalam diri...mahukan perubahan dari akoo yang dulu. Rasa macam dah malas nak hu-ha hu-ha lagi...
Bulan Ramadhan Syaitan semua kena ikat, tinggal tabii dan tabiat....masa bulan Ramadhan ni la nak banyak-banyak bertaubat...
Ya Allah..hanya satu pintaku..
Bukakanlah hati batu hambaMu ini untuk berbuat amalam sebanyak mungkin di bulan yang penuh barakah ini...Amin...